
Penembakan jatuh pesawat F-15E Strike Eagleoleh tembakan Iran merupakan satu peningkatan risiko tinggi dan juga tembakan ke kapal terbang A-10 Warthog/Thunderbolt II yang jatuh di Teluk Parsi, namun tidak semestinya bermaksud bahawa Washington dan Tehran sedang menuju peningkatan konflik besar-besaran dalam masa terdekat.
Pada tahap ini, krisis ini masih merupakan pertarungan mengenai leverage, persepsi dan kelebihan politik. Iran hampir pasti akan cuba menukar insiden tembakan jatuh itu menjadi satu kemenangan psikologi, dengan memaparkan bahawa ia masih mampu mengenakan kos yang nyata terhadap kuasa Amerika dan mematahkan naratif kuasa hebatairpower Amerika walaupun berdepan keunggulan ketenteraan AS yang jauh lebih besar.
Presiden Trump pula dijangka terus memberi amaran kepada Iran supaya tidak mengeksploitasi juruterbang F-15 yang masihhilang itu, kerana sebarang tindakan sedemikian akan memberikan faktor pretext kepada Trump untuk membalas dengan lebih keras, dan insiden itu akan mengubah senario percaturan semasa, dengan peningkatan tekanan domestikdi AS sekiranya Iran menggunakan juruterbang tersebut sebagai kemenangan psikologi dan sebagai bargaining chip untuk meraih tuntutan lebih luas dalam rundingan.
Penganalisis lain berhujah mengenai beberapa pilihan dan kemungkinan bagi tindak balas Trump: 1. tindak balas ketenteraan terhadap pertahanan udara Iran, tapak peluru berpandudan radar (dan ini juga memungkinkan kemungkinan risiko peningkatan konflik di darat); 2. pendekatan yang mendahulukan misi menyelamat dengan menumpukan kepada pemulihan anggota serta perlindungan pasukan secara segera; 3. peningkatan ekonomi dan strategik yang lebih meluas dengan mensasarkan pangkalan strategik Iran di Hormuz serta infrastruktur kritikal; 4. menggunakan krisis ini sendiri sebagai alat diplomasi paksaan sambil mengekalkan ruang rundingan dan juga mengembalikan kuasa leverage dan cegah rintang.
Kesemua kemungkinan ini menjejaskan usaha nyah-eskalasi dan penghentian penggunaan kekerasan. Keutamaan paling penting pada tahap ini ialah mengelakkan peningkatan konflik selanjutnya serta terus memperkukuh langkah-langkah membina keyakinan melalui dialog, rundingan dan saluran diplomatik, untuk menuju ke arah rundingan damai.
Peningkatan yang lebih besar, termasuk persediaan politik dan operasi bagi tindakan darat yang terhad, menjadi risiko sekiranya Trump merasakan bahawa kuasa udara semata-mata tidak mencukupi untuk menjamin pemulihan anggota, pemulihan kuasa cegah rintang, atau objektif maritim dan objektif untuk menyekat kapasiti nuklear Iran.
Kehilangan pesawat AS menjejaskan imej dominasi Amerika yang tidak tercabar, kehilangan anggota krew menjadikan krisis ini soal maruah dan tekanan. Ini memasuki satu ambang penentu, di mana dilema utama Trump bukan lagi sekadar sama ada untuk bertindak balas, tetapi bagaimana untuk memulihkan imej dan kuasa cegah rintang tanpa mencetuskan konflik yang lebih luas.
Risiko dampak negatif strategi escalate to de-escalate, juga berkekalan.
Walaupun perang naratif dan perang psikologi tetap berkekalan, risiko penularan konflik buat masa ini adalah terkawal secara calibrated response, di peringkat coercive bargaining phase.
Walaubagaimanapun, situasi ini berisiko untuk berubah sekiranya percaturan exit game AS tersasar dan objektif strategi coercive diplomacydan absolute deterrence gagal, yang akan memaksa Iran untuk menggunakan gabungan faktor asimetri (assymetric advantage), risiko konflik dan ketidakstabilan serantau jangka panjang dan juga kawalan leverage kos tenaga global sebagai cegah rintang terhadap sebarang bentuk penglibatan pelaku lain dan juga peningkatan konflik oleh AS.
Amerika Syarikat memiliki kelebihan kuasa udara, keupayaan serangan, dan dominasi teknologi ketenteraan. Namun Iran masih mempunyai kelebihan yang sangat penting: keupayaan mengenakan kos asimetri dan kos ekonomi kepada sistem global. Selat Hormuz kekal sebagai nadi kritikal kepada aliran tenaga dunia, dan cukup sekadar mengekalkan ketidaktentuan, meningkatkan premium risiko, dan mengganggu psikologi pasaran akan mencetus harga tenaga lebih tinggi.
Trump juga perlu mengelakkan peningkatan tekanan dalaman dan luaran. Di peringkat antarabangsa, Trump mahu menunjukkan bahawa Amerika kekal tiada tandingan. Di peringkat domestik, Trump juga perlu menjelaskan justifikasi perang ini dan telah dibentuk naratif dengan ucapan Trump pada 2 April bahawa ini diperlukan untuk menjamin pulangan kestabilan masa depan dan sebagai satu bentuk insurans, walaupun rakyat Amerika terpaksa menghadapi kos peningkatan tenaga buat masa ini.
Dengan mengisytiharkan kemenangan awal, objektif ini dapat tercapai dalam memenangi naratif awal. Ini adalah untuk menjadikan status Iran sebagai pihak yang lebih rendah dari segi negotiating leverage, dengan mendakwa penghapusan kuasa pertahanan udara dan kuasa laut Iran.
Apabila Trump menggambarkan “perang sudah dimenangi” dan rundingan ini hanya untuk penyelesaian akhir, ia bertujuan untuk memenangi naratif persepsi dan juga menggunakan kredibiliti negotiating from a point of strength.
Tehran pula cuba memastikan bahawa sebarang langkah ke arah kompromi nanti tidak dilihat sebagai capitulation atau dilihat sebagai lemah. Dalam konflik seperti ini, maruah, kredibiliti, dan persepsi sering menjadi sama penting dengan aset fizikal di medan perang.
Konflik ini masih berada dalam satu fasa kritikal yang masih boleh diselamatkan melalui diplomasi dan rundingan.
Presiden Trump masih menekan untuk satu perjanjian sebelum tarikh akhir 6 April, dengansaluran perantara masih aktif, termasuk usaha yang melibatkan Pakistan dan komunikasi oleh Naib Presiden JD Vance setakat minggu ini.
Fasa coercive bargaining ini berlangsung serentak dengan ancaman, serangan, tekanan psikologi, tekanan ekonomi, perang persepsi, dan demonstrasi kekuatan ketenteraan.
Kedua-dua pihak mahu masuk ke meja rundingan dengan kad yang lebih kuat. Washington sedang cuba melakukannya melalui ancaman berterusan terhadap infrastruktur Iran, tekanan ketenteraan, dan penetapan political deadline.
Tehran pula cuba meningkatkan leverage melalui kelebihan asimetri, tekanan terhadap aliran tenaga, keupayaan gangguan maritim di Selat Hormuz, keupayaan untuk terus menjadikan sasaran di negara-negara Teluk terutamanya sasaran tenaga dan infrastruktur, serta penolakan terbuka terhadap syarat yang dianggap terlalu berat.
Ini juga ialah fasa leverage before settlement. Trump cuba merunding dari posisi yang beliau gambarkan sebagai kekuatan, termasuk dengan ancaman bahawa lebih banyak infrastruktur Iran boleh menjadi sasaran jika tiada kemajuan dicapai.
Trump dengan ucapan primetime pada 2 April, cuba meningkatkan kos dan tekanan kepada Tehran untuk segera setuju dengan perundingan, dan untuk mengenakan kos lebih besar ke atas aset tenaga dan aset air Iran sekiranya tidak akur.
Di sinilah pentingnya memahami bahawa konflik ini sedang berlangsung dalam pelbagai domain serentak. Ia bukan hanya perang udara atau serangan fizikal semata-mata. Ia juga ialah perang persepsi, perang naratif dan perang psikologi, selain daripada perang ekonomi dan perang konvensional kerana kedua-dua pihak mahu meyakinkan dunia dan audiens domestik bahawa merekalah yang sedang berada di posisi kuat.
Kedua-dua pihak masih belum menjurus kepada perang penuh tanpa limitasi. Tindak balas negara-negara Teluk seperti UAE, Kuwait, Bahrain dan juga Arab Saudi masih dalam peringkat strategic restraint, dan tanpa restu Washington, tidak akan menunjukkan respon secara total all-out war.
Washington faham bahawa tekanan maksimum tanpa jalan keluar diplomatik boleh mencetuskan kos domestik dan global yang berat. Tehran pula sedar bahawa peningkatan konflik secara total juga boleh membawa kemusnahan lebih besar ke atas dirinya sendiri.
Maka kedua-duanya sedang bermain di ruang antara dua hujung perspektif itu: cukup keras untuk meningkatkan leverage, tetapi masih belum menutup semua laluan keluar.
Masih wujud masa dan ruang untuk de-eskalasi jika kedua-dua pihak melihat manfaat strategik yang cukup besar untuk berhenti meningkatkan kos. Walaupun Trump mengancam untuk menyerang lagi jambatan dan loji tenaga Iran, usaha diplomatik melalui perantara masih belum dihentikan.
Ini bermakna pintu rundingan masih tidak ditutup sepenuhnya. Selagi tarikh 6 April itu kekal relevan dalam percaturan Washington, selagi itu konflik ini masih belum melepasi titik tanpa pulang (point of no return).
Kelebihan Asimetri Iran dan Kos Perang Ekonomi
Kos perang di Iran ini yang menggunakan kekuatan air power AS secara bersepadu menelan kos sebanyak USD1 billion sendiri, dan kos tenaga dari segi peningkatan harga minyak dan gas turut menjadi faktor kepada pertimbangan Trump, dengan sentimen tekanandomestik dan antarabangsa terutamanya dalam menghadap mid term elections tidak lama lagi. Untuk konteks, setiap kenaikan USD10 setong minyak mentah boleh meningkatkan inflasi global sekitar 0.2 hingga 0.3 mata peratusan.
Secara realitinya, Iran masih dianggarkan mempunyai ribuan peluru berpandu balistik dan salah satu program dron paling luas di rantau tersebut, menunjukkan bahawa konsep objektif “tercapai” Trump ini lebih kepada melemahkan kapasiti Iran dan bukan penghapusan sepenuhnya.
Kelebihan yang ada pada Iran sekarang ini yang menggunakan kelebihan geografi dan strategic leverage dalam mengawal dan mengubah kestabilan pasaran dan bekalan tenaga, menjadi dilema strategik AS. Selat Hormuz sahaja mengendalikan sekitar 20% bekalan minyak global (sekitar 20 juta tong sehari), menjadikan sebarang gangguan kecil pun mampu memberi kesan besar kepada harga global.
Namun persoalan lebih besar adalah sejauh mana threshold yang AS mampu bertahan terhadap kelebihan asimetri Iran dalam mengenakan kos ekonomi kepada dunia. Iran melalui strategi asimetri tidak perlu menang secara konvensional, cukup dengan meningkatkan risiko kepada laluan tenaga, menaikkan kos insurans perkapalan (war risk premium) yang boleh meningkat 2 hingga 3 kali ganda, dan mengganggu aliran perdagangan global untuk memberi tekanan strategik.
Dilema Strategik Negara-negara Teluk dan Arab Saudi
Negara-negara Teluk sendiri bimbang terhadap risiko salah kira (miscalculation) dan kemungkinan tindak balas Iran terhadap infrastruktur tenaga dan kemudahan kritikal mereka, yang kini menjadi ancaman setelah AS mengebom jambatan B1 di Karaj.
Iran dalam konteks ini mempunyai kelebihan dalam memainkan konflik kos rendah (low-cost, high-impact disruption), yang boleh memberi kesan besar kepada ekonomi global tanpa perlu terlibat dalam konfrontasi konvensional berskala besar.
Kesemua faktor ini akan terus memberi kesan kepada masa depan konflik dan respons Iran. Jika Iran merasakan bahawa konflik ini digunakan secara sistematik untuk melemahkannya tanpa ruang penyelesaian yang adil, maka tindak balas Iran berkemungkinan akan menjadi lebih menyeluruh dalam bentuk asimetri. Sebaliknya, jika rundingan ini berjaya memberikan ruang “face-saving” kepada semua pihak, maka peluang untuk kestabilan relatif akan meningkat.
Rundingan sekarang menjadi kritikal bagi kestabilan dan keamanan dunia, dan diharapkan dengan kemungkinan hasil rundingan yang positif dan mengelakkan risiko a protracted all-out war. Sekiranya ini berlaku, harga minyak secara lumrahnya akan turun ke paras normal USD65-85 se-tong, dengan kembalinya keyakinan pasaran dan laluan.
Hasil akhirnya akan ditentukan oleh sejauh mana Amerika Syarikat benar-benar berjaya menafikan kapasiti strategik Iran, sejauh mana Washington merasakan bahawa ia telah mencapai objektif asalnya, serta sejauh mana keupayaan pertahanan, cegah rintang dan asimetri Iran yang masih berbaki, serta keupayaannya untuk terus mengenakan kos dan meneruskan perang yang berpanjangan, dan sejauh mana dunia mampu menyerap tekanan kejutan ekonomi serta tenaga global.
Dalam apa jua keadaan, keutamaan mesti diberikan kepada kembalinya keamanan dan kestabilan, dan menghentikan perang.