POLIS KESAN PEMANDU BAS EKSPRES, WANITA DUDUK ATAS RIBA KETIKA MEMANDU

JASIN – Pihak polis kini sedang mengesan seorang pemandu bas ekspres dan seorang wanita susulan penularan video berdurasi 30 saat yang menunjukkan aksi berbahaya di Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS).

Dalam video tersebut, seorang wanita dilihat duduk di atas riba pemandu bas ketika kenderaan itu sedang dipandu di lorong kiri lebuh raya. Timbalan Ketua Polis Daerah Jasin menyatakan perbuatan tersebut merupakan kesalahan serius di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan boleh membahayakan nyawa penumpang serta pengguna jalan raya yang lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *