
SHAH ALAM – Kepada semua juara, otai dan penggemar sukan karom dari seluruh pelosok Malaysia, inilah masanya untuk menunjukkan taring anda! Kejohanan Karom Beregu Terbuka sempena Piala Dato’ Seri Utama Mukhriz Tun Mahathir 2025 bakal berlangsung pada Ahad, 4 Mei 2025 bertempat di Dewan Kekwa, Seksyen 17, Shah Alam.
Bertemakan “Karom Satukan Rakyat”, kejohanan ini terbuka kepada semua – tanpa mengira usia, bangsa, agama mahupun ideologi politik. Apa yang penting ialah semangat kesukanan dan kecintaan terhadap permainan tradisional ini yang semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia.
Yuran penyertaan ditetapkan pada RM80 sepasang, dan pertandingan dijadual bermula seawal 9.00 pagi hingga selesai. Penganjur menjanjikan persaingan yang sengit serta hadiah yang cukup lumayan bagi para pemenang.
Berikut senarai hadiah untuk kategori beregu:
- Johan: RM3,000 beserta trofi dan pingat emas 🏆🥇
- Naib Johan: RM1,500 berserta trofi dan pingat perak 🏆🥈
- Tempat Ketiga & Keempat: RM800 berserta pingat gangsa 🎖️
- Tempat Ke-5 hingga Ke-8: RM300 beserta pingat saguhati 🥉
- Tempat Ke-9 hingga Ke-16: RM200 beserta pingat saguhati 🥉
Kejohanan ini bukan sahaja menjanjikan kemeriahan dan persaingan yang sihat, malah menjadi medan memperkukuh silaturahim dalam kalangan rakyat pelbagai latar belakang.
“Kita mahu jadikan karom sebagai jambatan perpaduan rakyat. Kejohanan ini bukan hanya tentang menang atau kalah, tetapi tentang semangat kekeluargaan, kesukanan dan kebersamaan,” ujar salah seorang penganjur.
Bagi yang berminat untuk menyertai atau mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi:
- Nuar: 011-61876310
- Abe Jali: 019-2443823
- Jiha: 011-23163341
Ayuh para juara dan otai karom – sahut cabaran dan sertai edisi sulung yang penuh prestij ini. Siapakah yang akan muncul sebagai juara Piala Dato’ Seri Utama Mukhriz Tun Mahathir 2025? Kita nantikan!

