Kebakaran Di Tingkat Atas Menara 3 KLCC Awal Pagi Tadi

KUALA LUMPUR – Satu kejadian kebakaran dilaporkan berlaku di bahagian atas Menara 3 KLCC pada awal pagi tadi, dipercayai melibatkan kawasan restoran dan premis makanan mewah di bangunan tersebut.

Insiden berkenaan disedari oleh hos rancangan The Economy with Ibrahim Sani, yang melihat kejadian itu dari kediamannya berdekatan lokasi kejadian.

Menerusi rakaman video yang dikongsikan beliau, kelihatan api sedang marak sebelum pasukan bomba tiba dan berjaya mengawal kebakaran tersebut.

Lensa Malaysia kini sedang mendapatkan maklumat lanjut daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengenai punca kebakaran serta tahap kerosakan yang dialami.

Setakat ini, tiada sebarang laporan rasmi berhubung kecederaan mahupun kehilangan nyawa diterima. – Lensa Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *