Dulu Bantah, Kini Laksana: Kerajaan PH Kembali Hidupkan Semula Sistem AES dengan Nama Baharu

KUALA LUMPUR – Dalam satu langkah yang disifatkan ramai sebagai “pusingan U” politik, kerajaan kini kembali memperkenalkan sistem penguatkuasaan kelajuan automatik yang dahulu ditentang hebat oleh pimpinan Pakatan Harapan (PH) ketika menjadi pembangkang.

Dinamakan semula sebagai Automated Awareness Safety System (AWAS) dan dilengkapi teknologi kecerdasan buatan (AI), sistem ini akan diuji pada dua laluan lebuh raya bermula Jun 2025 — iaitu dari Terowong Genting Sempah ke Gombak di Lebuhraya KL-Karak dan dari tol Senawang ke tol Simpang Ampat di Lebuhraya Utara-Selatan.

Sistem ini menggunakan pendekatan “point-to-point” bagi mengesan kelajuan secara purata antara dua lokasi, berbanding sistem lama yang hanya merakam kelajuan di satu titik tetap.

Namun yang menjadi tanda tanya ramai pemerhati ialah perubahan drastik pendirian kerajaan pimpinan PH, yang pernah mengkritik dan malah membekukan sistem AES pada 2018 atas alasan ia bersifat menghukum dan tidak telus.

“Dulu mereka labelkan sistem ini sebagai zalim, kini ia dihidupkan semula dengan wajah baharu dan jenama baharu,” kata seorang bekas pegawai kanan JPJ yang enggan dinamakan. “Apa yang berubah hanyalah nama, fungsinya tetap sama — kamera dan saman.”

Ketika itu, Menteri Pengangkutan PH mendakwa AES lebih menguntungkan syarikat konsesi berbanding menjaga kepentingan pengguna jalan raya. Namun kini, kerajaan bukan sahaja meneruskan inisiatif tersebut, malah menambah baiknya dengan kecerdasan buatan dan capaian tol automatik.

Setiausaha Agung Kementerian Pengangkutan, Datuk Jana Santhiran Muniayan, menjelaskan sistem baharu ini akan mengira masa perjalanan dari titik permulaan hingga destinasi, dan jika tempoh itu terlalu singkat berbanding masa jangkaan berdasarkan had laju, saman akan dikeluarkan secara automatik.

Walaupun pendekatan ini dilihat lebih moden dan efisien, pengkritik berpendapat kerajaan perlu lebih jujur dalam dasar dan pendirian — terutama apabila perubahan yang dilakukan kini seolah-olah menyanggah prinsip

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *